Sabtu, 25 Februari 2012

saya nak upah orang utk cuci rumah baru.. ada sesiapa x?

Alhamdulillah.. minggu lepas majlis yg dirancang berjalan lancar walaupun lepas majlis ada lah soksek soksek yg masih kedengaran. cuma 1 je yg saya pegang.. 

Jodoh, ajal & maut ditangan Tuhan. kita sebagai manusia ni nak menilai samada jodoh tu padan atau tidak, rasanya itu adalah rahsia Allah yg manusia xkan tahu.

sorry, gambar xboleh nak diupload secara meluas atas permintaan tuan badan.

masa majlis tu jugak ramai yg bertanya pasal rumah. bila nak pindah? rumah dah ok?

sbnrnya, jauh dalam hati mmg risau sgt. bayangkan utk pasang lampu dah kipas je dah berapa kali ulang alik. sbb yg membuatnya dengan bersungguh2 dan tekun hanya suami & abah saja. yg lain sekadar datang singgah, adalah.

perabot dah sampai. padahal rumah xsiap cuci. apa yg saya risaukan dalam entri terdahulu, mmg terjadi!

"i dah nervous xtentu hala fikir mcm mana nak cuci rumah nanti. ada ke orang nak tolong? if dorang nak tolong pun, adakah dorang akan cuci dengan sepenuh hati a.k.a sebersih seperti dorang cuci rumah sendiri? if not, i've to do double works.."

sudahlah pada hari perabot sampai, saya xde. kerja. ingatkan suami sorang saja yg tunggu perabot sampai. last2 dah petang baru tahu ramai rupanya yg menunggu sama perabot tu. part yg sedih bila suami kata plastik salah satu sofa dah bukak,sbb nak duduk. tapi dah bungkus balik. then 1 of kitchen cabinet punya rak dah patah. (-_-")

malas nak bising sbnrnya.. saya sendiri pun sepanjang hari duduk atas lantai beralaskan tikar mengkuang walaupun tu rumah kami. dengan keadaan mcm ni, mmg kematu bontot, tahu! dengan sakit pinggangnye. i just hope that people could give some respect terhadap barang orang lain. apatah lagi barang baru.

Haih~ mmg tak tahulah sampai bila boleh settle cuci rumah ni. dalam hati rasa mcm nak cakap je "kalau nak datang tolong, please give 100% commitment..oklah, 90% pun bolehlah.. don't waste so much time nak berulang alik tiap minggu ramai2 tapi kerja jalan setakat 1% je.

tiba2 rasa stress dengan keadaan diri yg xboleh nak buat banyak benda. kalaulah keadaan mengizinkan, mmg i ambik cuti 3hari, sental rumah. biarlah sental sorang pun xpe, janji buat dengan sepenuh hati & kerja jalan dari 10 orang dtg, tapi xbersih2 lagi.

oh ya! ada tak sesiapa yg ada contact number mana2 indon yg ambik upah cuci 1 rumah. i think, keluar sikit duit upah orang cuci lagi berbaloi kot. anyone?

Rabu, 15 Februari 2012

takde orang bagi iPad

Syafiq, sepupu paling bongsu & paling digemari untuk disakat & diusik dek kerana kepetahan berbicara walaupun pelat. Syafiq sangat suka datang ke rumah ibu saya sebab disana dia berpeluang untuk bermain Angry Bird menggunakan iPad kepunyaan adik saya, Aimi.

Kegilaannya terhadap Angry Bird mmg diketahui. Jadi sewaktu sambutan hari lahirnya, ramai yg memberikannya hadiah dari koleksi Angry Bird.

“ makcik.. makcik.. aritu kan, apiq dapat banyak sangat hadiah Angry Bird. Ada bantal Angry Bird, baju Angry Bird, seliper angry bird.. banyak..”

“oo.. ye ke.. bestlah apiq”

“ tapi kan makcik, takde pun orang bagi iPad”

(-_-“)

Jumaat, 27 Januari 2012

enjoy your work

23 Januari 2012

Staff  sms her boss
 Happy Chinese New Year! have the greatest one!

Boss replied sms :
TQ fatiha. enjoy your WORK!



Ceit! 
Terus layan citer Korea "Cruel Love" di office. 
sapa suruh wish macam tu.

Yes boss! i really enjoy my work during your holiday=)

27 Januari 2012
Hari ni xboleh main2 dah.. kene siapkan segala 'wasiat' yg boss bagi before dia cuti haritu.
tapi hari ni selsema. sungguh xselesa sbb takleh makan panadol.
sambung cite korea pun ok gak kan?=p

Sabtu, 21 Januari 2012

Happy

Hi..
Happy Holiday Everybody!
Happy Working My Body!

Rabu, 18 Januari 2012

Miracle of Life

"Before you were conceived I wanted you...
Before you were born I loved you...
Before you were here an hour I would die for you...
This is the miracle of life" 

--Maureen Hawkins.

Jumaat, 13 Januari 2012

rezeki tahun baru juga 2nd anniversary..

Salam Tahun Baru Masihi

Ok, dah 13 hari berlalu baru nak sibuk berselamat tahun baru, ape kes?
Alhamdulillah, permulaan tahun baru yg membawa berita gembira.
mudah-mudahan kami sentiasa dipermurahkan lagi rezeki untuk dimasa2 akan datang.
mudah2an kami juga tidak terlalu leka dengan nikmat yang dikurniakan.

suami dapat voucher jusco sebanyak RM1150.00!
bini mana yang teruja, habak mai sikit!
Alhamdulillah..
dah berangan nak pusing jusco berdekatan or maybe jusco berjauhan sikit pun ok lah kot..
tapi suami kata
"sabar.. nanti2 kita g shopping. voucher tu xde expired pun"

ok, marilah bersabar.

This coming Chinese New Year jatuh hari Isnin.. teruja semua orang dapat cuti bersambung dengan cuti hujung minggu..
Hamboi.. mak sorang yg kene kerja jaga office noks..
udahlah staff Melayu di office yg dari 5 orang dah tinggal 2 je..
dan yg dua orang tu pulak staff paling lama..
sorang dah 8thn keje (kak erny) sorang lagi dah 5thn (ehem.. i ler tu)

jadi boss dah bagi green lite boleh order apa saja masa lunch di restoran
walaupun sebenarnya dah muak makan kat restoran tu, tapi kalau dah rezeki, jgn ditolak..
kan,jimat sikit duit lunch..

progress rumah?
grill dah pasang tapi belum pergi tengok lagi.. biar husband jelah pergi tgk time cuti CNY nnt
boleh pasang lampu & kipas & langsir kot..

perkara yang boleh dibanggakan sekarang ialah,
rumput dah tanam!

ok, mmg kurang cantik pasal yg menanamnya bukanlah golongan professional..
bila tanam ni?
pada hari anniversary yg kedua! ingat nak tanam pokok.. konon2lah sebagai tanda kenangan..
tp xsempat sebab semua dah semput!

jumpa lagi nanti..

Sabtu, 31 Disember 2011

semua orang dok tulis entri penutup 2011..

2011

awal tahun agak excited konon nak pindah masuk rumah baru.. alih2 sebab berurusan dengan kura-kura, sampai sudah xpindah lagi.. tak pasal2 dah berbulan2 kena bayar utk 2 rumah (-_-")

pertengahan tahun, anak tokey buat gembak pulak nak kawin. nak kawin tu xdelah gempak.. yg gempaknye nak buat sampai 6 majlis. takpelah, anak dato'.. xdapat bayangkan kalau anak Tan Sri? anak Dato' Sri? dari tak tahu apape pasal adat perkahwinan orang Cina & Singh, terus jadi tahu.. xsabar nak tgk anak dorang nnt.. mesti comel gila sbb mixed chinese & singh.. tapi lagi xsabar kot nak tengok anak sendiri..

Alhamdulillah, seorang lagi adik dah bekerja tahun ni meninggalkan 2 orang je lagi yg masih belajar.

ohh no.. sudah 1 and half year since we got married & 'aunty flow' never failed to visit me every month! bermulalah siri berulang alik hospital jumpa gynae selain kene tadah telinga dengar org suggest tu, suggest ini.. makan telur ayam kampung lah, bendi lah, madu lah, susu kambing lah.. posisi itulah, posisi inilah.. pergi berurut lah, itu lah, inilah.. the problem is, kami xde sakit apape.. just saya ada retroverted uterus saja.. dan ia semulajadi ciptaan Allah sejak saya lahir..

Now, kami hanya fikir, yg Allah belum izinkan lagi sbb belum sampai masanya.. insyaAllah, sampai masa, adalah nanti.. tolong jgn tanya, tapi tolong doakan je ye..

oktober..

si adik balik dari kerja
"nah bu, majalah pengantin.. abang nak kawin"

gile kentanglah semua orang terkejut.. sejak tu lah si ibu ni dok berzikir kat telinga anak sulung ni ha
"betul ke adik kamu tu nak kawin? ibu mcm xpercaya je.. tah betul tah tak.."

Alhamdulillah, minggu lepas both families dah jumpa & start discuss. InsyaAllah, majlisnya dalam tahun depan.. calonnya masih terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu.. yang pasti calon ni anak dara lah.. orang kita ni, kalau dirahsiakan calon, mulalah dok fikir, 
"mesti kawin janda ni"

hahahaha....

Alhamdulillah, kami dapat kunci rumah pada penghujung 2011.. sebelum dapat kunci, dah siap2 bawak kontraktor Melayu utk ukur rumah utk pasang grill. lepas seminggu ukur, dia mintak deposit 50% katanya nak start buat & bila kami dapat kunci, boleh terus pasang.. masa ni awal november.

guess what? yesterday suami call, dia boleh bagi reason staff dia resigned & sorang lagi staff kene denggi.. nak bagi reason pun, agak2lah kan? bukan i tempah grill kerawang-kerawang bagai.. grill yg simple je,sesuai dengan konsep moden yg kami nak. lagipun dari awal november dah tempah semua.. dalam business, by hook or by crook, kenelah settlekan jugak tempahan pelanggan..kita bayar bukan 2-3 ringgit.. ni barang harga ribu-ribu.. main-main pulak!

kadang2 saya sedikit kesal dengan Melayu ni.. kalau kita deal dengan kedai Cina, mmg xde masalah.. kerja cepat, kemas & berkualiti.. konon nak tolong business Melayu.. last2 kita balik yg terkena.. nnt bila ada rezeki nak renovate rumah, nmpknya mcm kene upah Cina je lah.. cepat sikit siapnya..

esok, permulaan baru tahun masihi..
esok jugak Anniversary ke2 kami.. alhamdulillah..
tahun ni budget utk cuti2 malaysia mmg xde..
esok sempena anniversary, suami ajak tanam rumput kat rumah Antara Gapi?

hahaha.. 
mmg kiut lah kita 'bercandle lite dinner' cenggitu!

Azam yg masih belum tercapai,

mengandung & lahirkan baby/babies sihat, comel & akan menjadi soleh/solehah..
Menangis kot tengok Tentang Dhia
lagi2 part nenek Zikir marah Dhia

"kau ni boleh mengandung ke tak boleh mengandung?"
"kau pilih, nak hidup bermadu atau nak kene cerai?"
sentap mak noks..
terus minat Nora Danish!

Khamis, 22 Disember 2011

Ke Korea!

YES!

untuk Year End Sales yg mana xdapat nak bershopping sangat pun.. ada yg lebih penting utk dilaburkan dari bershopping sesaje..

YES!

untuk tarik nafas lega sebb bos pergi bercuti ke Korea sampai tahun depan baru balik.. rileks sikit walaupun tadi sebelum dia balik, dia dah bagi senarai 'wasiat' kerja. tang ni memang kene pasrah je lah (-_-")

tadi bukak FB.. tengok kawan masa sekolah menengah dulu pergi Korea dengan husband dia.. Nami Island lagi.. posing bergambar macam hero & heroin winter sonata lagi.. waaa.. mcm best je nak g Korea jugaklah.. tapi tahun ni kami sedang 'berpuasa' bercuti ke mana2.. apatah lagi luar negara.. tapi takpe, kene korban sesuatu utk dapatkan sesuatu yg lain..

cakap kat husband "Jom kita g Krabi nak x?"
husband jawab "kita g Umrah dululah.. lagi best.. time muda2 sementara sihat lagi tubuh badan"

hah, gitu!

InsyaAllah..

kalau macam tu, 2013, kita g Korea lah!=)

Isnin, 19 Disember 2011

bila nak pindah ni?

Masih belum tahu. PKNS pun belum lagi repair defects kat rumah tu.. dorang kata bila dorang nak repair, dorang akan call. ke nak kene 'ketuk' dulu baru buat kerja?

kontraktor yg dilantik utk pasang gril pun belum buat kerja lagi. i dah nervous xtentu hala fikir mcm mana nak cuci rumah nanti. ada ke orang nak tolong? if dorang nak tolong pun, adakah dorang akan cuci dengan sepenuh hati a.k.a sebersih seperti dorang cuci rumah sendiri? if not, i've to do double works..

alkisah nak angkat barang pun tgh dok pening ni. ada ke orang nak tolong angkat barang dari tingkat 4 ke bawah bawak masuk lori? agak2 boleh x campak je kotak2 tu dari tingkat atas ke bawah? nasib baik pindah masuk rumah teres. kalau dari rumah flat ke rumah flat, lagi haru nak angkat barang naik tingkat atas.

nasib baik urusan pencarian kereta Kenari dah selesai. kalau x, pening lagi.. dgn hal Kembara lagi.

perabot dah pergi beli. ada simpan kat kedai. org kedai kata boleh simpan sampai ujung bulan 12..eh, bulan 12? bulan ni lah! adus..

beli perabot yg murah2 dan yg penting saja.. TV cabinet, sofa, coffee table and portable kitchen cabinet. dining table masih KIV bergantung pada budget.. ada sesiapa nak sponsor?

org kata baik siap2 buat kitchen cabinet, pasang itu, pasang ini siap2 sebelum pindah. nanti dah pindah, susah nak renovate. baiklah makcik, masalah sekarang, makcik tahu x kami ni bukan kerja cop duit!

adik saya kata, kami kaya. umur baru masuk 28thn dah ada sebijik rumah, 2 bijik kereta & 2 bijik motor. owh! adikku, inginlah dijelaskan disini, kekayaan seseorang bukan diukur pada harta yg dimiliki semata-mata.. anyway, kalau nak belajar cara-cara menyimpan duit atau berjimat cermat, adalah dialu-alukan.. lagi2 kat adik yg sibuk nak kawin tu! sila berjimat cermat dari sekarang jika mahu sebijik rumah sebelum menyambut 2nd Anniversary..

Sabtu, 26 November 2011

berurusan dengan kura-kura..

Alhamdulillah, after macam2 prosedur, akhirnya kami dapat kunci rumah Antara Gapi pada 17.11.11.

byk gile drama2 Melayu yg terpaksa dihadap & dilayan sepanjang setahun ni. Hambik! sampai setahun nak tunggu kunci rumah. Dimulakan dari bulan December tahun lepas kami bayar RM500 utk booking rumah yg kami nak. 1st time beli rumah, jadi jakun sikit dan agak terpinga2. but jutaan terima kasih kepada suami yg tak habis2 buat reseach pasal pembelian rumah sbb takut kene tipu dengan developer.

nasib developer adalah PKNS. jadi risiko utk kene tipu agak kurang. tapi risiko "kelembapan" dalam membuat kerja amatlah tinggi! tah kenapa tiap kali nak berurusan dengan bdn/agensi kerajaan, mesti ada je pengalaman pahit. kalau cakap org gomen lambat, semua melenting marah. "sekarang penjawat awam dah berubah. dah transform, bukan macam dulu".. maaf, pada saya, servis anda masih di takuk lama.

lepas surat tawaran dikeluarkan beberapa bulan lepas tu (see! beberapa bulan,ok!) baru kami boleh proceed utk pengeluaran duit KWSP utk bayar 20% dari harga rumah sebagai deposit. kenelah keluarkan KWSP. orang baru lepas kahwin, faham2 jelah.. duit dah surut buat kenduri kawin.. kami dari kecik dah biasa hidup susah.. parents mmg selalu suruh berusaha sendiri. jadi, inilah usaha kami. nak tunggu kumpul duit balik, rasanya xjumpa dah rumah yg mampu milik. tahun ni je harga rumah dah naik dengan jayanya!

selesai bayaran 20%, pinjaman bank pun diluluskan bagi membayar 80% lagi. Alhamdulillah, xsusah pun nak buat loan. tapi, CF utk rumah belum lagi dapat. dengarnya PKNS ada problem dengan SYABAS. kan Selangor under Pakatan Rakyat yg mana kerajaan negeri beri subsidi pada penduduk Selangor dapat bekalan air free utk 20L pertama. jadi, ada sedikit konflik politik disitu.

lama gila. bayangkan masa kami bayar booking fee RM500 tu pun, rumah dah setengah tahun siap dibina. sekarang mmg kene check rumah betul2 sbb rasanya banyak defect nak kene report suruh PKNS betulkan.

lepas dapat surat suruh ambik kunci, again Malays drama took place. kami buat appointment dengan engineer  in-charge utk ambik kunci dan sama2 check defect. pukul 2 kami tunggu depan rumah. tunggu2, xsampai. call pun xangkat. sampailah xdapat call sbb hp dia off! kami cari dia kat Galeri PKNS Antara Gapi. security kat sana kata dia kat site rumah kedai baru nak buat. kami pergi sana, contractor kata engineer tu pergi minum.

kitorang patah balik ke rumah & tunggu lagi. sampailah pukul 3, kitorang pergi balik Galeri. nak tahu, engineer tu buat apa? dia tengah sedap2 lepak minum2 kat kedai makan sebelah Galeri dengan semua kontraktor yg kami jumpa kat site tadi. dia suruh tunggu depan rumah, lepas dia habis makan, dia dtg. hp dia habis bateri. kami tunggu lagi depan rumah sampai tertidur dalam kereta.

sedar2 dah pukul 5.15pm! incik Asben sms dia. nak tahu dia reply apa? "encik masih tunggu lagi ke?"

Hamboi! angin satu badan betullah! kul 5.30pm, ketua security yg dtg dan serah kunci. engineer tadi? xnampak batang hidung. security tu pun xtahu cerita yg kitorang tunggu dari kul 2 tadi. 3jam lebih, manalah tak berasap!

balik rumah, terus Incik Asben email komen kat bahagian Aduan PKNS & ceritakan semua! siap mentioned nama engineer buat hal tu. esoknya PKNS reply yg dorang akan siasat. minggu depannya, ada orang PKNS call & minta maaf. katanya dia akan suruh ketua engineer call kitorang utk check defect sama2 sbb mmg kene ada 3 pihak check bersama utk defect. sampai sekarang kitorang xhantar lagi borang defect sbb xde engineer yg call.

teruk kan? haih~~ dahlah kitorang kene ambik cuti sehari tu semata2 utk ambik kunci sbb waktu ambik kunci adalah waktu bekerja sahaja. last2 jadi mcm ni.

sekarang kene tunggulah next drama pulak..tah ape lagi lah!

dah 3 bulan kami terpaksa bayar utk 2 buah rumah!